assalamualaikum .. hai chuolls ..
alhamdulillah tadi berkesempatan menghadiri kuliah Fiqh yg diasampaikan oleh Ust atau Saudara Afif pelajar Tahun Satu Jurusan Dakwah dan Pembangunan Insan di Surau Kolej 8, UM. sebelum asyik lupa n mcm2 aral yg dtg menyebabkan tk dpt mengikuti kuliah yg diadakn setiap hr ahad malam ni.
beliau menggunakan kitab Bidayatul Mubtadi, menceritakan perihal hukum fiqh. Harini datang lewat sikit so ada miss something at the very beginning tapi tkpe as soon as i reached banyak bnda yg sy dapat so nk kongsi kat sini la.
tentang rukun Islam, ada 5 perkara dan yg bergelar Islam atau muslim itu tak dapat tidak kena cakna atau ambik tahu maksud disetiap rukun tersebut
1) mengucap 2 kalimah syahadah : " La ila haillallah , Muhammadun rasulullah"
kalimah tersebut menjelaskan Allah sebagai yg Esa yg layak disembah dan kita wajib meyakini sifat2Nya dan sesekali tidak boleh disamakn dengan makhluk.
2) "mendirikan" solat 5 waktu sehari semalam.
mendirikan di sini bermaksud bertakhta iaitu jaga rukun, sunat dan perkara yang membatalkannya.
perkara sunat itu ada 2 iatitu sunat ab'ad ( yang jika tertinggal perlu dilakukan sujud sahwi, cth: doa qunut dalam solat subuh) dan sunat hai'ah ( yang jika tertinggal tak perlu dilakukan sujud sahwi spt tdk memakai kopiah atau penutup kepala bagi muslimin)
3) memberi zakat sama ada zakat fitraj atau zakat harta (bila cukup haul dan nasab)
4) berpuasa di bulan Ramadhan.Digalakkan untuk mengetahui dan memahami setiap hal yg berkaitan dgn puasa spt perkara2 yang membatalkan puasa dsbg)
5) memunaikan haji ke Baitul haram bagi seorang yang berkuasa mampu dan mempunyai kewangan kukuh.
diteruskan lagi...
bermula kesempurnaan Islam, ada 3 perkara:
1) Diikrarkan dengan lidah ( mengucap 2 kalimah syahadah)
mengucap 2 kalimah syahadah bagi 1) orang kafir yang memeluk Islam , 2) orang Islam , 3) orang yang sedang nazak
2) Ditasdidkan (membenarkan) di dalam hati
- membenarkan kalimah " La ilaha illallah"
- menuntut ilmu agama kena istiqamah ( istiqamah itu lebih baik dari 1000 karamah)
cth karamah adalah spt dapat berjalan atas air dan terbang di udara.
3) Diperbuat dengan segala anggota serta ijmak sahabat yg 4 ( Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, saidina Ali)
Tanda orang Islam:
1) merendahkan dirinya (tawaddu') dengan orang Islam
- takabbur dengan yg takabbur adalah sedekah
2) suci lidahnya daripada dusta, (tepati janji, tak mengumpat)
3) suci perutnya dari memakan yang haram (harta anak yatim, riba')
4) suci badannya dari hadas yang besar dan haloba @ tamak
- cth hadas kecil : tiada wudu'
- cth hadas besar- perkara yg diwajibkan ke atasnya mandi wajib
..... sambungnya lagi
bermula syarat Islam, ada 4 perkara:
1) Sabar atas hukum Allah ( cth: mendirikan solat)
2) Redha dengan ketentuan Allah SWT (cth: sakit, malapetaka, musibah)
-900 darjat jika sabar atas bala
-300 darjat jik asabar atas ibadat
-600 darjat jika sabar atas maksiat
3) Sabar atas ketentuan Allah
cth kisah Nabi Ibrahim apabila diikat oleh kaumnya sebelum dicampak ke dalam api. Malaikat Jibrail datang dan menyakan tentang hajatnya. Malaikat Jibrail mempunyai 600 sayap yang 1 sayapnya bersaiz dunia. Jibrail menawarkan untuk memadamkan api tersebut dgn sayapnya tap kata Nabi Ibrahim baginda tak berhajt pada Jibrail yg juga makhluk Allah. Justeru Malaikat Jibrail menyuruh Nabi IBraim memohon pertolongan dr Allah SWT, Jawab Nabi Ibrahim, sesungguhnya Allah telah mengetahui keadaanku dan tidak perlulah aku meminta padaNya. Inilah martabat keyakinan para nabu, Ianya peringkat tertinggi.
4) Mengikut Firman dan Sabda Rasulullah SAW serta menjauhi larangannya.
- mengikuti ajaran al-Quran, hadis dan para ulama'
- jenis2 ulama' : 1) Ulama' arif billah ( mempunyai makam yang tinggi, hatinya musyahadah dan muroqabah dengan Allah), 2) ulama' akhirat ( yang melaksanakan hukum Allah), 3) ulama' dunia (yang menjaga kepentingan diri sendiri)
seterusnya bermula membinasakan Islam:
1) Berbuat satu perbuatan dengan tiada diketahuinya ( beramal tanpa ilmu)
2) Diketahui tiada dikerjakannya (cth: tidak mengaji agama)
3) tiada tahu dan tiada mahu bertanya
4) mencela orang yang berbuat baik(cthnya mencela org yg berselawat kpd Nabi)
ok itu sahaja untuk perkongsian... moga beroleh sesuatu yang boleh dijadiakn pedoman bersama.. CIao!